Sabtu, 9 Julai 2011

Bahagian masing-masing

En3 sebelum ni aku ada janji nak citer pasal mimpi aku yg best tu kan..mtk maap terpaksa di cancel kan atas sebab2 yg x dapat dielakkan...takut jadi isu sensitif lak nanti...huhu.so lupakan la cerita x penting tu ye..^____^

kali saje la nak share ngan u all pasal apa yg aku jumpa dan baca baru2 nih.
dalam 2 minggu lepas aku ada ikut en hubby visit sedara dia kat SMC. ada sorang perempuan yg terbaring di depan katil sedara en hubby tuh. en hubby pun ada berbual ngan suami si perempuan itu.rupanya kawan dia gak. bila en hubby kenalkan aku n gtau aku orang pahang, si suami itu pun mcm excited sbb katanya ipar dia juga orang pahang. then aku pon ter excited jugak dan panjang pulak kami berbual.isterinya yang terbaring tu rupanya tengah bertarung dengan penyakit yg semua org takut..CANCER!!

dia baru je bersalin anak ke 3 dan sebulan lepas tu dia disahkan ada cancer usus stage 4.Ya Allah kesiannya....x dapat ku bayangkan, dengan anak yg msh kecil, masih dlm pantang.kesian sgt kat baby tu.kata ayahnya baby tu sempat menyusu susu emaknya 5 hari je..lepastu dah tak dapat sebab maknya dah tgh sakit dan asyik keluar masuk hospital.dan aku dapat rasakan perasaan ibunya,bila tak dapat nak belai dan cium baby yg baru dilahirkan.kesiannya kat dia......
gambar ehsan google


dan seminggu kemudian ntah camane aku ada terbaca blog ni dan kesnya lebih kurang sama jugak.pasangan muda yang baru setahun kawen,dikurniakan seorang cahaya mata,tiba2 sebulan kemudian disahkan bahawa si ibu ada penyakit kanser otak juga stage 4.lebih kurang kes kat atas kan...hmmm berat betul dugaan mereka..kadang2 aku rasa berat sungguh dugaan yang Allah berikan, tapi aku lupa yg sebenarnya ada ramai lagi yg diberikan dugaan dan ujian yg lg dasat.
Norma- brain cancer

sayu sangat hati bila ingatkan kisah dieorg ni...kisah realiti,bukan dalam cerekarama ataupun cereka pilihan.kisah dieorg betul2 melekat dlm ati aku.selalu aje teringat2.


sebab tu la kan, orang selalu sebut BAHAGIAN MASING-MASING...ada orang dilimpahi dengan kekayaan tapi x juga bahagia sbb diduga dgn ujian yg lain pulak.dan sebaliknya.kes di atas,dieorg ada harta dunia,ada zuriat tapi mereka diduga dgn kesakitan pula.

dengan kisah mereka ni,aku rasa makin kuat.sebab aku rasa dugaan aku tak lah besar mana kalau nak dibandingkan dengan ujian dieorg ni.Allah menguji mengikut kemampuan masing2.aku tau aku boleh hadapi semua ujian ni dgn tabah dan semoga ianya segera berakhir....

untuk 2org cancer survivor di atas,apa yang aku boleh buat cuma berdoa semoga dieorg cepat sembuh, sihat dan dapat membelai serta menjaga baby dieorg sendiri.
untuk Norma(brain cancer) kalau ada yang bermurah hati boleh hulurkan sumbangan padanya.semua detail akaun ada di sini. 

last sekali, ingatlah satu perkara ni ..ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG.

Selasa, 5 Julai 2011

Mood 'Bonat"

Hahahaha tajuk ntah hape2. Bosan + Penat = Bonat.
Penat sangat2 hari ni. 1 hari tak makan, berdiri je. semuanya sebab siapkan oder sorang customer ni.
odernya xbanyak, tapi almaklum la...saya budak baru belajar, ada je yang x puas hati..

klu korang nak tau mcm ni la muka aku masa masak kek x jadi tadi...huhu

mulanya janji ngan customer tu nak hantar petang, tapi x sempat siap. so terpaksa hantar malam. pukul 8.30 baru kuar rumah. si customer ni plak x bagi address betul2. just bagitau 'country height'. adehh....haku belum khatam lagi la KK ni incik customer....
bila kol dia kata 'high school..saya busy nih' terus hang up... hadoiii la ini olang.....pastu aku sms dia mintak full address. dia bleh reply 'ice cool'. tu je???? oloh la apek...menatang apa tu ???
2 3 kali pusing n u turn gak la....baru jumpa itu tempat...lek elehh ice cool tu rupanya kedai kecik je..cR dia bagitau tu macam kedai dia besar n glamor sangat. senang nak cari. nak je aku charge die duit minyak RM20. bagi address ntah hape2. 
pasni kena beringat kalau nak hantar oder kena mintak full address baru jalan...klu tak, jawabnya abis minyak,balik modal je la.....



wahhhh panjangnye cerita pasal apek nih. sebenarnya nak cerita pasal aku penat je...1 hari berdiri, tak makan, tak layan anak, tak layan laki...upppsss hihiii

dah kol 1 am dah. esok nak jalan g sangkabok lagi. hadoiii malasnya....tp bila en hubby dah bagi arahan, 'yes boss' aje lahhh....

ok frens, marilah kita beradu datas tilam kita yg empuk itu. dia dah memanggil2...
semoga kalian semua mendapat mimpi2 yang indah dan kita dapat bersama lagi pada esok harinya....

semalam aku bermimpi sesuatu yg sgt indah..jeng jeng jeng...

awwwwwww....

eh cerita pasal mimpi esok kite nak share pasal mimpi kite yg best semalam. sampai sekarang teringat2 lagi u...hihii..nanti kite cerita kat en3 pasni yer...


sweet dream u alls......... 


Sabtu, 21 Mei 2011

17 May 2011

Sunshine Family Games Day!!!
Tak tau nak story mcm mana teruja nya aku nak g for the first time sport day sekolah anak tersayang. Paham2 je lah, x pernah lagi rasa macam mana perasaan pegi sukan utk sekolah anak sendiri hehe. Teruja yang tak terkata. Awal2 pagi dah bangun. Sharp 8.30 am dah sampai depan Badminton Hall Kompleks Sukan Likas. Punya lah ramai manusia. Sebab bukan sekolah si kakak je, all Sunshine Kindergarten dia kumpulkan sekali. Semuanya ada 9 sekolah. Apa2 pun jom kita cuci mata dgn gambar2 yg sempat si abah snap dulu. 








Selasa, 17 Mei 2011

Apam Polka Dot!!





Haaa....meh cuci mata tengok apam cute n d femes abad ini..Geram betul tengok semua orang buat comel2 jer...ni kali ke3 buat baru la jadi comel lote...yang 2 kali ari tu bantat semacam je..xde sape lalu nak makan..ciannn apam tu...yang ni baru la berselera makan...Adriana kejap2 ambek..abes kat die sorang je..mari kite cuci mata ngan gambar dot2 ni lagi ye...kalau ada permintaan nak resepi,nanti akan di type yer...resepi ni pon copy paste dari Kongsi Resepi.

Sabtu, 26 Februari 2011

Potato Bread


Mari kita meroti pulak. Ni cuba buat roti kentang pulak..
Uli pakai tangan jer...alangkah bagus kalau ada bread maker kan...hari2 la meroti agaknya...


Walaupun pakai tepung gandum jer, tapi sedap gak makan panas2...gebu jer...
Kalau nak lagi gebu macam kat kedai tu kena la guna tepung roti n bread improver...

 
model roti saye...(tlg abaikan latarblkg
yg sangat bersepah krn dikerjakan adeq itu :) )


model roti 2..sbb jeles ngan adeqnyer..

Cucur Badak Frozen



Walaupun namanya tak se gah mana, tapi rasanya....hmmm...sedapnya....rasa sangat ubi nya..
Intinya pun nyum nyum....
 Pada yang minat dengan kuih ni boleh oder yg frozen punya.
 Balik umah just goreng jer...dan makan panas-panas...sedaaaappppp!!!!
Nak cuba...???? Koling2 yer....


Jumaat, 25 Februari 2011

Mari Bikin Homemade Aiskrim.



Mari kita belajar buat aiskrim sama2....Ni 1st time cuba buat nih. Nasib baik menjadi. Tapi yg malangnya agak manis. Ikut sebijik2 resepi yang diberi. So pas ni klu u alls nak cuba buat, kuarangkan susu tu..
Sangatlah tak sedap kalau manis sangat n yang pastinya elakkan penyakit kencing yang manis!!! :)))




Resepi Aiskrim buatan tangan sendiri:

Bahan-bahan :
1/2 tin susu pekat (resepi asal 1 tin; sangat2 manis)
1 tin air masak
1 biji telur
 1 sb ovelate
 4 sb serbuk koko / apa2 perasa yg disukai

Caranya:
 Masukkan semua bahan ke dalam mixer dan pukul sehingga gebu. 
Saya blender je sebab x ada mixer. Sian kan.....huhuuuu
Bila dah gebu bolehla masukkan ke dalam bekas dan bekukan ia.
Bila dah beku bleh la di ngap bersama-sama.

Cuabalah jangan x cuba...sebijik mcm aiskrim kat kedai gak. Lepas ni x payah susah2 dah gi beli kat kedai. Jamu keluarga dengan air tangan sendiri. Ngeeeee...... :)))


Khamis, 17 Februari 2011

Donut Frozen for Sale!!

PROMOSI!! 
Harga yang sangat murah... RM3.00 satu set (10 Biji)




Donut frozen ni memang best sebab bleh makan panas2 bila-bila masa kita nak.
Sesuai sangat utk mereka yg bekerja dan kesuntukan masa nak melenyek tepung...

Kalau ada yg berminat nak tempah my Donut frozen boleh koling2 yer....



 Donut ni memang gebu gebasss!!!
Kalau nak oder yang dah siap masak pun boleh gak. No problem punyerrr....

siap dibungkus
ready to deliver


20 Orang Terkaya di Malaysia (awal 2011)





1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
13. Datuk Lee Yeow Chor -
14. Lee Yeow Seng
15. Datuk Seri Lee Oi Hian
16. Datuk Lee Hau Hian
17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
18. Tan Sri Lau Cho Kun
19. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.6 bilion
20. Tan Sri Jeffrey Cheah

Ahad, 16 Januari 2011

Karipap Frozen for Sale!!

PROMOSI!! 
Harga yg sangat murah.. RM3.00 satu set (10 Biji)




Karipap frozen ni memang best sebab bleh makan panas2 bila-bila masa kita nak.
Sesuai sangat utk mereka yg bekerja dan kesuntukan masa nak menggetel karipap.


Alhamdulillah, setakat ni tempahan selalau ada sampaikan tak terlayan anak kat rumah.sian dieorg...
Kesian gak kat my maid sebab kena tido lambat sama2 menggetel karipap...TQ ye kak cia....


Kalau ada yg berminat nak tempah my karipap frozen bleh koling2 yer....

Ada 3 jenis inti. Pilih saje yang mana u alls suka.
Ada inti :
  • Kentang
  • Sardin
  • Ubi Keledek
    • Boleh tahan 10 hari dan disimpan di dalam peti sejuk 
    • Boleh dimasak pada bila-bila masa dan dimakan panas-panas. 
    • Sesuai untuk mereka yang bekerjaya dan mempunyai masa yang terhad. 
    • Cepat dimasak dan sedap dimakan