Sabtu, 9 Julai 2011

Bahagian masing-masing

En3 sebelum ni aku ada janji nak citer pasal mimpi aku yg best tu kan..mtk maap terpaksa di cancel kan atas sebab2 yg x dapat dielakkan...takut jadi isu sensitif lak nanti...huhu.so lupakan la cerita x penting tu ye..^____^

kali saje la nak share ngan u all pasal apa yg aku jumpa dan baca baru2 nih.
dalam 2 minggu lepas aku ada ikut en hubby visit sedara dia kat SMC. ada sorang perempuan yg terbaring di depan katil sedara en hubby tuh. en hubby pun ada berbual ngan suami si perempuan itu.rupanya kawan dia gak. bila en hubby kenalkan aku n gtau aku orang pahang, si suami itu pun mcm excited sbb katanya ipar dia juga orang pahang. then aku pon ter excited jugak dan panjang pulak kami berbual.isterinya yang terbaring tu rupanya tengah bertarung dengan penyakit yg semua org takut..CANCER!!

dia baru je bersalin anak ke 3 dan sebulan lepas tu dia disahkan ada cancer usus stage 4.Ya Allah kesiannya....x dapat ku bayangkan, dengan anak yg msh kecil, masih dlm pantang.kesian sgt kat baby tu.kata ayahnya baby tu sempat menyusu susu emaknya 5 hari je..lepastu dah tak dapat sebab maknya dah tgh sakit dan asyik keluar masuk hospital.dan aku dapat rasakan perasaan ibunya,bila tak dapat nak belai dan cium baby yg baru dilahirkan.kesiannya kat dia......
gambar ehsan google


dan seminggu kemudian ntah camane aku ada terbaca blog ni dan kesnya lebih kurang sama jugak.pasangan muda yang baru setahun kawen,dikurniakan seorang cahaya mata,tiba2 sebulan kemudian disahkan bahawa si ibu ada penyakit kanser otak juga stage 4.lebih kurang kes kat atas kan...hmmm berat betul dugaan mereka..kadang2 aku rasa berat sungguh dugaan yang Allah berikan, tapi aku lupa yg sebenarnya ada ramai lagi yg diberikan dugaan dan ujian yg lg dasat.
Norma- brain cancer

sayu sangat hati bila ingatkan kisah dieorg ni...kisah realiti,bukan dalam cerekarama ataupun cereka pilihan.kisah dieorg betul2 melekat dlm ati aku.selalu aje teringat2.


sebab tu la kan, orang selalu sebut BAHAGIAN MASING-MASING...ada orang dilimpahi dengan kekayaan tapi x juga bahagia sbb diduga dgn ujian yg lain pulak.dan sebaliknya.kes di atas,dieorg ada harta dunia,ada zuriat tapi mereka diduga dgn kesakitan pula.

dengan kisah mereka ni,aku rasa makin kuat.sebab aku rasa dugaan aku tak lah besar mana kalau nak dibandingkan dengan ujian dieorg ni.Allah menguji mengikut kemampuan masing2.aku tau aku boleh hadapi semua ujian ni dgn tabah dan semoga ianya segera berakhir....

untuk 2org cancer survivor di atas,apa yang aku boleh buat cuma berdoa semoga dieorg cepat sembuh, sihat dan dapat membelai serta menjaga baby dieorg sendiri.
untuk Norma(brain cancer) kalau ada yang bermurah hati boleh hulurkan sumbangan padanya.semua detail akaun ada di sini. 

last sekali, ingatlah satu perkara ni ..ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan